Friday 22 June 2012

My Favorite Chicken Chop

Assalamualaikum..

harini takde nak cerita apa-apa pun. just nak share rasa gembira ni sebab malam tadi teringin nak makan chicken chop dekat Hutan Bandar dengan mr.fiance. tapi dia balik kerja malam pulak. fikir-fikir kesian pula dia nanti dah sampai rumah takkan nak keluar balik kan. kalau Hutan Bandar tu sekangkang kera je takpe. ni nak kena ke bandar balik. then aku cakap dengan dia, tak payah lah. pukul 10pm macam tu ada dengar suara dia panggil dekat luar pintu. sekali dia tapaukan chicken chop laaa. lahai sweet rasanya. hihik. naaahhhh. first time beli yang tapau punya. nice packing. =D. tq sayang Mohd. Faris. penat-penat pun sanggup pergi belikan. hee. lebiu so much ! ^_^

sedap gila tak terhingga. sampai menjilat jariiiiiii.. =d. hihik kbai.

Wednesday 20 June 2012

Zoo Lagi ! Zoo Melaka with them !

Assalamualaikum.

korang mesti cakap aku ni hantu zoo ek? sebab haritu dah buat entri Zoo Johor. kali ni Zoo Melaka pulak. haha. tapi kali ni bukan aku yang plan. kali ni pergi dengan family mr.fiance. dah lama dah kitorang pergi, bulan lepas. baru skang nak update. haha. kebetulan kami nak balik dari Kajang ke Pontian, so kitorang singgah lah zoo. adik kecik mr.fiance yang beriya-iya nak pergi. nak tengok gajah katanyaa. hehe.. biasa lah budak-budak memang suke tengok haiwan comel-comel. eh kita pun suka laaa. hihihi. jom tengok gambar comel-comel =D

mula-mula mestilah gambar dia. -_-. kali ni tak boleh pakai heels. kejap lagi melecet. =p

siap bawak bekal lagi tahu. kau hade? =p

mastura dan siti (aweks cun) ;D

oh dia ni memang selalu pergi gim. kakakakakah =p

aku selalu dikaitkan dengan haiwan ni -_-

erkk excited betul. -_-

dah tua dah tak larat. -_-

berehat sebentar bersama....... ice cream ! hihi

yang ditunggu-tunggu. tapi takde elephant show pulak masa ni. =(

gambar kami  pulaaaa. ^_^

kenapa macam tombam je aku. uh -_-

Otw balik singgah lunch dekat R&R. thanks ayah belanja ! =D

Have fun sangat dengan mereka. ;D


Tuesday 19 June 2012

Domino's Pizza memang yummehh!

Assalamualaikum

Tengah hari kelmarin mr.fiance tanya, 'cyg nak makan domino's pizza tak for lunch?' lepas tu aku jawab, 'tak nak lah sebab perut teringin nak makan nasi'. Aku ni tak berapa suka kalau lunch cari fast food. aku wajib ambil nasi juga. tak kesah lah nasi apa asalkan nasi! nama pun melayu, perut pun melayu lah kan. hehehe.. tapi bila aku fikir balik, entah-entah mr.fiance teringin nak makan tak? but i had to say sorry to him and tell him kita pergi next time je. and he said, ok. you know what? dia tak pernah membantah apa yang aku decide. dia just fikir apa sahaja yang aku suka. sampaikan dia pernah marah dekat aku sebab aku serba salah asek aku je yang decide. boleh? yelahh aku pun kena jaga hati dia juga kan. tak sedap lah asek ikut cakap aku je, asek ikut citarasa aku je. huhu. 

dan sambung cerita, kitorang makan nasi berlauk dekat Singgah Selalu U Mall. masa tengah makan tu, dia cakap tak puaslah makan. halamaaakk.. kesian pulak. pulak tu lauk yang aku amek pun tak sedap juga. 'tawar meleset' bak kata mak aku. haishh. aku rasa Singgah Selalu dekat situ memang tak berapa sedap lah berbanding dengan depan Danga Bay tu. sebab dah dua kali aku makan. dua-dua kali tak sedap. lagi lah aku rasa serba salah masa mr.fiance cakap tak puas makan. then, aku soh dia order makanan bergoreng ke tambah-tambah apa yang lain tapi dia tak nak pulak. lepas makan kitorang pergi tengok movie Men In Black (MIB) yang dah berkurun lama dekat cinema sekarang. habes, itu je yang sesuai dengan masa kitorang. nak tengok Bohsia, tak best katanyaaa.. 

ok panjang betul cerita aku dekat atas macam ada orang nak baca je. =p sekarang nak cakap yang aku nak tebus serba salah aku dekat mr.fiance actually. then, malam tadi ajak dia dinner dekat Domino's Pizza. ok tak nak panjang-panjang cerita, aku choose Tuna Temptation with New York Crust.  aku pilih ni sebab dia tak terlalu gebu dan tak terlalu garing. kalau nak gebu, kena pilih Classic Hand Tossed dan kalau nak garing dan rangup boleh pilih Crunchy Thin Crust. Teringin gak nak amek Double Decker tu tapi takut muak sangat pulak kan. takpe lain kali mesti cuba. huehue. 

Tuna Temptation with New York Crust. yummeh ! =d

Banana Kaya for dessert! the sweetest ! =D

Dua orang makan ni je pun cukup. Alhamdulillah. =)

 Lakonan semata-mata. ekekeke =p


Lepas ni nak cuba menu lain pula lah. hihik =p
Craving ? please click here for the menu & price ---> Domino's Pizza  =D Enjoy !

Monday 18 June 2012

TOP Chocolate !

Assalamualaikum..

Siapa yang tak suka makan coklat? hah jangan sangka tiada. adaaaaa... iaitu.... Mr.fiance aku laaaaa.. hahaha. pelik kan ada juga orang yang tak suka makan coklat. ish rugi-rugi. tapi yang tak ruginya kalau beli coklat, dapat makan sorang-sorang tak payah share dengan dia. kihkihkih... (jahat betul aku).
Anyway, lately ni, aku suka makan coklat ni... 

wafer coklat yang disaluti crispy ball dan krim caramel/coppucino.  rasa dia not bad lah. tak manis sangat dan boleh dimakan selalu. kihkihkih. tak silap aku ada juga perisa strawberi. 
tapi aku belum jumpa lagi. harga dia rm0.60 sahaja. murah je.. kalau murah, boleh beli banyak-banyak dan makan banyak-banyak. huehuehue. ok bye. =p



psst : selamat mencuba kepada sesiapa yang belum mencuba. =p

Madagascar3 - Europe's Most Wanted, menceriakan!

Assalamualaikum..

Rabu malam haritu mr. fiance ajak pergi tengok movie. tetiba je dia nak belanja. nak menceriakan sedikit hubungan ni katanya. maklumlah, kitorang tengah planning untuk wedding preparation nanti. so, agak stress sedikit. lagi pun kitorang dah lama tak hang out sesama, jalan-jalan, chill kan..thank u sayang! =D kitorang tengok movie Madagascar3. 

kitorang tengok dekat U Mall, Taman Universiti je tapi dekat situ takde 3D. so kitorang tengok yang biasa punya je. best sangat Madagascar3 sebab cerita ni kelakar. so kita boleh lah mereleasekan stress dekat dalam kepala ni kan. hehehe. siapa yang melum tengok, wajib tengok ok!

background voice : 

Alex = Ben Stiller

Marty = Chris Rock


Melman = David Schwimmer


Gloria = Jada Pinkett Smith





kalau nak tengok trailer dia, click --->  Trailer of Madagascar3 . thank you for reading. ;D


psst : aku bahagia. Alhamdulillah.. ;D


Friday 8 June 2012

Design Baru Blog !!

Assalamualaikum..

hye kawan-kawan. harini just nak show design blog baru aku. cantik tak?? ehehe. tak banyak ubah pun. still natural je. tapi yang paling cantik, mestilah header tuuuu... oleh sebab mr. fiance adalah seorang designer, dia lah yang designkan. kih3 =p ok itu jek. bye! =p

Thursday 7 June 2012

Awesome Wedding of Diana & Sahlan

Assalamualaikum


dah lama tak update blog ni, sampai tak tahu nak update cerita apa. fikir-fikir, aku buat jela entri bergambar. hehe. entri ni mengisahkan tentang ratu sehari. pengantin perempuan adalah sepupu kepada mr.fiance aku. aku pun menyebok pergi sana untuk 3 hari 2 malam. ni kira holiday juga lah ni sebab dah lama rasanya tak berholiday. wedding ni bertempat di Bandar Sri Putra, Kajang. jom tengok beberapa gambar yang nice! =D


peace mama! (my future mother-in-law) =p

pelamin nikah. cantik kan?


ok aku nak amek berkat jap. jangan maraaa =p

buat muka comel cepattt !!  (photographer said) hahak 


ni pelamin dekat luar untuk Reception. =D pink karerr.. 


yess!! she's the bride of the day! cantekkkkkk ^_^. ops dress made by Hatta Dolmat ok. kau hade? =p


pic dengan mama lagi... ^_^

dia datang. jeng3.. kih2


penat sangat.. walaupun tak buat pape. kakaka =p


haaaa kan? cantik kan cantik kan pengantin hari itu. hihihihi ^_^

1 big family !! (dengan family mr. fiance)


hadiah dari Faris & Wawa

wahhhhh 3 hari 2 malam ni memang meletihkan. tapi happy sangat dapat jumpa sanak saudara mr. fiance dan mengenali dorang dengan lebih dekat. dan juga dapat menjalinkan silaturrahim. hehe ^_^