Tuesday 31 July 2012

First Day of Break Fasting

Assalamualaikum,

Harini nak cerita tentang hari pertama berbuka puasa aku bersama keluarga tersayang di Batu Pahat. Hari Sabtu pada 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan. Semua juadah adalah Homemade ! dah lama tak rasa masakan mak. ehehe. boleh tunjuk gambar je. (gambar tidak berapa jelas)

Paprik Ayam

Mak buat Mee Hoon Bakso. meet ball. om nomnom ihi (^_^)

Sambal Udang

Buah mangga dari pokok yang ayah tanam. tak sangka sedap ! yummeh ! =D


Hari ahad aku dah balik JB lepas berbuka dekat Batu Pahat. So, hari Isnin lah baru dapat berbuka dengan mr.fiancee. Kitorang pergi beli ayam percik dengan murtabak je dekat Bazar Pekan Rabu. then cari kedai makan. kitorang makan dekat Perling. 

 Kurma first =)

murtabak

Our drink. Simple jee. Teh o ais laici for me & Teh o ais for him. & dapat free air kosong. ehehe


Ayam percik ni sedap sangat-sangat ! =D

Nasi Goreng Kampung + Telur Mata. (his favorite) ^_^

Wajiblah gambar aku kann. hihi =P

Dah azan. Jom baca doa ! =D ihihi

Thanks for reading ! =D

Monday 23 July 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Rasanya belum terlambat nak ucapkan Salam Ramadhan kan. ehehe. Selamat Berpuasa korang ! Semoga apa yang dirancangkan dan diperlakukan, berjalan dengan sempurna hendaknya dan juga semoga diberkati Allah s.w.t. Sama-samalah kita berbuat baik di bulan yang mulia ini k. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Buang tabiat buruk, Buat amalan baik. =). Hah kepada sesiapa yang terlupa macam mana nak niat berpuasa di bulan Ramadhan ni, meh aku share. Sharing is caring (^_^)

gambar dari google.

Hah dibulan puasa ni juga, kita kena banyak buat amalan-amalan yang baik. Lepas tu, tinggalkan semua perkara jahat. Dan juga, solat 5 waktu jangan lupa ye kawan-kawan. Solat-solat sunat yang lain juga lebih bagus kalau nak buat. Syaitan pun takde kan bulan puasa ni. so, nak buat apa-apa semua tenang je. Ingat mengingati juga perlu kan. =)

Antara beberapa amalan baik untuk dikongsikan :

1. Banyakkan pembacaan berkaitan Ramadhan.
2. Membaca Al-Quran.
3. Sentiasa dalam keadaan wudhuk. 
4. Bersedekah.
5. Beri masa bersendirian untuk berzikir kepada Allah s.w.t.

Antara beberapa perkara yang perlu ditinggalkan :

1. Jenayah (sudah pasti).
2. Mengeluarkan ayat-ayat kesat.
3. Tamak. (lebih-lebih ketika membeli juadah berbuka)
4. Bergaduh sesama umat.
5. Dengki mendengki.
6. Tidak pandai mengawal rasa amarah.

Sama-samalah kita. =)

Pergi bazar beli air,
Ingat ye jangan membazir.
ehehe ;D

Friday 13 July 2012

My Weekend - Pecel Lele Madu Bakar

Assalamualaikum..

Lebih senang kan nak update blog ni buat cerita weekend kita je. Kalau tak, tak tahu nak cerita apa. Asal boleh.. ahaha. ok weekend aku yang lepas, hari Sabtu (7 July 2012), ceh siap date tu, bukan apa senang nanti masa dah tua baca balik blog ni senang sikit nak ingat. tapi kalau dah nyanyok tak boleh nak buat apelah kan. ahaha. Astaghfirullah aku ni mulut. biasa die ye. mintak dijauhkan lah penyakit nyanyok tu. ihihi. =) ok Sabtu lepas mr.fiance teman aku pergi attend ujian bertulis untuk dua jawatan dekat Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) pukul 12 tengah hari dan 2.30 petang. Lepas jawap, aku tawakal jelah macam biasa, nak berharap sangat pun tak boleh. Kalau dapat, Alhamdulillah. =)

Lepas habis jawap dua-dua paper tu, kitorang pergi lunch. uh lunch apa dah nak pukul 4 petang dah masa tu. ahaha. Kitorang lunch dekat Restoran Santap Sunda Sawargi (SSS). hah! takut tak dengar nama restoran dia? ihihi ni restoran yang menghidangkan menu makanan orang Indonesia. Kitorang selalu pergi dekat Taman Universiti, JB je sebab dekat. Dah lama dah restoran ni ditubuhkan. ehehe. Yang paling famous mestilah Nasi Ayam Penyet dia kan. Dah selalu dah pergi makan dekat sini sampai tak terkira berapa kali. First time kitorang datang sini, kitorang teringin nak makan Pecel Lele. haa kepada sesiapa yang tak tahu apa itu Pecel Lele, ia adalah ikan keli yang dihidangkan bersama nasi putih kukus, tempe goreng, tahu goreng, ulam-ulaman, ikan masin pun ada. Kitorang makan Nasi Ayam Penyet dia sekali je sebab tiap kali pergi makan dekat sini mesti order Pecel Lele Bakar dia. Ikan keli dia di perap dengan madu dengan bahan-bahan yang lain. And kalau kitorang nak makan dekat sini kena make sure perut tu betul-betul kosong sebab penat nak habiskan satu hidangan tu. huhu. kalau tak habis membazir kan, dah jadi amalan syaitanirrajim. ihi. lagi satu, aku dengar ramai jugak yang tak boleh telan ikan keli ni. terpulanglah kepada tekak masing-masing ye. aku ni badan je kurus, tapi kayu dan batu je yang aku tolak. ehehe. =P. jom tengok hidangan dia. Jangan risau dijamin HALAL. (^_^)

Feveret : Milk Apple Juice for me & Milk Carrot Juice for him (^_^)

om nom nom (selalu tengok orang type =P)
.

satu set without drink, RM8.50 tak silap aku. hehe
 Nasi Kukus
 Ni sup dia. rasanya masam-masam manis. ada jagung potong dalam dia. =)

Ni lah kedai dia =D

hah lepas habis memenuhkan peyot tu, kitorang pergi Jusco sebab aku nak cari flat shoes sebab haritu nampak brand Summit ada 50% diskaun. After less, dalam RM19.90 macam tu. ehehe. Lagi pun esoknya ada mini reunion sekolah so senang sikit nak jalan-jalan pakai flat shoes kan. tak sanggup lagi nak jalan-jalan pakai heels nanti melecet. =(. pastu sampai-sampai Jusco je yang diskaun 50% semua macam takde yang berkenan. mr.fiancee pun cakap tak lawo. Then dia soh amek je mana yang lawo. tapi harga dah tak dapat 50% punya lah. dia kata takpe dia bayar half (nape tak semua sayang? ekeke) =p. Lastly, mr.fiancee yang choose flat shoes aku. cantik tak? ehehe

RM49.90

Thanks for reading ! (^_^)


Wednesday 11 July 2012

Mr. Fiancee's 24th Birthday [1st July 2012]

Assalamualaikum..

Sampai hati aku kan, lambat sangat update pasal birthday mr.fiancee first of July hawitu. sorry cinta i busy kerja, tak sempat (alasan). ehehe. =P. masa malam nak menanti detik pukul 12 malam tu, aku dah ada dekat rumah parents mr.fiancee sebab esoknya ada jemputan kahwin jiran rumah they all.. so, dipaksa tidur sana. ops tak tak. i rela dan ikhlas tidur sana. ehehe. =P sempatlah aku dengan mastura si adik mr.fiancee amek tepung. tepung jela yang mampu. kesian pulak nak baling telur sebab dia tengah pakai baju mahal. tak boleh tak boleh. ahaha. masa tu mr.fiancee sebok berborak dengan kawan die berdua dekat luar rumah. tepat pukul 12 malam aku perlahan-lahan keluar rumah menuju ke tempat dia berborak tu, terus tabur tepung atas kepala dia sambil nyanyi lagu 'happy birthday' walaupun suara aku tak sedap. ahaha. then, i said to him, 'please make a wish sayang'. and he said, 'nanti bila i mati ,i  nak masuk syurga'. tersentap jap aku. ok sayang InsyaAllah. =) ehe. lepas tu, lepas tu tidur lah dah pukul 12 lebih dah mata pun dah macam -__-. huhu. tapi malam tu sempat lah deal dengan gf adik mr.fiancee esok belikan kek. kalau aku nak pergi beli macam mana pulak dah 24jam aku dengan mr.fiancee. memang tak dapat surprise lah kan. hihik =P

Esoknya lepas balik dari jemputan kahwin kawan mr.fiancee, kitorang rilek-rilek je dekat umah. aku lak sebok tunggu adik mr.fiancee dengan gf dia bawak balik kek. lepas tu, mr.fiancee kata dia nak pergi cut rambut jap dekat kedai depan tu. masa adik dia balik bawak kek tu, ngam-ngam pulak dia pun balik dari cut rambut. nasib baik sempat hidupkan lilin. ehek. nahhhh..

Lepas tu hari Sabtu lepas ingatkan nak pergi belanja dia makan western food. boleh dia kata tak nak dan tak payah. membazir katanya, simpan duit tu untuk kahwin, kita makan biasa-biasa je. ok fine kecik hati iteww tau nak banje awak tapi awak tak nak (dalam hati, selamat duit aku) kihkih. =P. pastu fikir pulak nak bagi present apa birthday gift untuk dia. kang nak beli mahal-mahal dia katanya membazir lagi. Berjimat cermat betul future hubby aku. Bagus jugak nanti lepas kahwin lagi banyak pakai duit. Boleh lah dia yang control duit. eh siapa yang accountant ni? kihkih. =P. Lastly, aku belikan topi yang tak berapa mahal tu je, tapi bermakna ok. Topi yang ada 'badge of Superman' sebab mr.fiancee minat giler dekat Faizal Tahir. (oh bukan minat dekat Superman ke?) ahaha. then, dia say thanks giler-giler dekat aku sampai meleleh air mata ok. (ok bila aku dah tua nanti mintak-mintak tak nyanyok bila baca entri ni sebab entri paling bermakna tentang seorang lelaki telah mengalirkan air matanya, ekeke =P) jangan marah sayang.. dia kata dia tak sangka aku belikan birthday gift untuk dia gak. uh sayang.. tahun lepas i tak bagi birthday gift ke? =P alaaa... gift yang tak seberapa ni je sayang. hope awak suka. (^_^)


  Birthday Wish Tissue Card. (saje bagi pakai tisu nak tengok dia pandai jaga ke tak. ehe =P)

Dah rasmikan dah. ihihi (^_^)

Thursday 5 July 2012

My Weekend Wedding Invitation [30th June 2012]

Assalamualaikum

Hye kawan-kawan ! dah lama tak menjenguk blog aku ni. tak sempat lah nak update. banyak sangat kerja (ceh banyaklah sangat). ok kali ni nak share cerita aktiviti aku last weekend. macam biasalah kalau dalam peringkat umur macam aku ni, setiap kali weekend ada saja dapat kad jemputan kahwin dari kawan-kawan. yang paling banyak invite through Facebook je. ada yang bertindih tarikhnya. ada yang satu dekat utara satu dekat selatan. tak sempat nak pegi semua. sampaikan terpaksa click 'maybe' dekat attendance Facebook tu. kalau terus click 'decline' kang kecik hati pula si bakal pengantin nanti. ehe. tapi sempatlah aku post wish dekat situ. dah lah tak dapat datang, tak kan wish pun takde kan. aha. last weekend aku pergi wedding dekat Kota Tinggi. yang kahwin ni masing-masing kawan satu sekolah teknik kitorang dulu. ramai sangat yang berpasangan dengan kawan satu sekolah. best sangat tengok dorang. (^_^). eh itew pun sama dengan mr.fiance satu sekolah. ehe. ok jom tengok gambar ! =D


see muka annoying kitorang. nampak tak gigi arnab aku?aha. masa ni tengah tunggu kawan-kawan konvoi. 
pergi wedding orang wajib sediakan ni. Salam Aidilfitri pun boleh la. aha =P
lepas sampai terus makan dan borak-borak. =D
Beautiful bride on that day ! =D
nak balik wajib snap pic banyak-banyak dulu. ehe
 rindunyaaa dah lama tak jumpa. have fun sangat dengan korang. (^_^)
 masa ni mr.fiance yang snap. dia suruh cakap taik. ok fine inilah hasilnya. aha
 tengok disitu siapa yang paling over. =P. eh mr.fiance, nape tu sakit pinggang ke? aha =P
 macam biasa dimana-mana, tak kira masa, pasti aku yang paling tinggi. huhu
 ops candid ! =P


Btw, Congrats again to Bedod & Beruang (nickname) ! Semoga berbahgia hingga ke anak cucu dan ke akhir hayat. We're so happy for you both! =D