Friday 27 April 2012

Macam Orang Gila

Assalamualaikum


Selamat Pagi Jumaat


Halahai..


Semalam malam lepas balik dinner, senyum sorang-sorang..
Semalam masa basuh baju, senyum sendiri lagi..
Semalam masa kemas bilik, senyum lagi...
Semalam masa bilas baju, senyum sendiri lagi...
Semalam masa tengok cerita dalam laptop, senyum lagi sorang-sorang...
Semalam pergi bilik air, senyum lagi...
Semalam nak tidur, lagi senyum sendiri lagi...
Pagi tadi bangun, senyum lagi...
Pagi tadi nak mandi, senyum lagi sorang-sorang..
Pagi tadi gosok baju, senyum lagi...
Pagi tadi nak pergi kerja, senyum meleret lagi...


Haishhh..



I've fallen in love again ^_^



Wednesday 25 April 2012

Focus = Dream

Assalamualaikum


=



Tuesday 24 April 2012

Paprik Ayam Cara Sendiri

Assalamualaikum..


dah lama aku nak share resipi dan cara-cara macam mana nak buat paprik ayam ni. tapi tak sempat update blog. senang je nak masak dia. macam masak lauk-lauk lain juga. kalau cari resepi dekat google tu macam-macam keluar. lain orang lain juga caranya. ini sekadar nak berkongsi ye. tak adalah pandai sangat. =P


Bahan-bahan :
1. bawang besar - 1 biji (dihiris)
2. bawang putih - 4 biji(dihiris)
3. halia - besar ibu jari (dihiris)
4. cili api - ikut suka nak pedas macam mana
5. daun limau purut- 3 keping
6. serai - 1 batang (tak sempat ambil gambar) =P
7. garam



8. sayur-sayuran - aku pakai bunga kobis dan lobak merah saja. sepatutnya ada jagung muda tapi aku tak suka. haha

9. lada kisar - buatan sendiri

10. isi ayam - dipotong dadu

11. air asam jawa.

Ok dah boleh mula memasak. =D

 - mula-mula tuang minyak masak dahulu. lepas minyak dah panas, masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan serai tadi sampailah naik bau wangi dia. 

- lepas tu masukkan lada yang telah dikisar. 

- kacau-kacau, godak-godak, gaul-gaul dia. 

- 10 minit kemudian, masukkan isi-isi ayam. dan kacau-kacau lagi. 

- lepas itu, masukkan sedikit air masak. biarkan ia mendidih, dan menggelegak. haha

- kemudian, setalah ayam itu separa masak, masukkan sayur-sayuran yang telah tipotong tadi.

- kemudian, jangan lupa letak garam ye. biarkan lagi sehingga ayam masak sepenuhnya. lepas tu tuangkan air asam jawa tadi.

- kemudian, masukkan cili api yang telah dipotong dan daun limau purut.

- tunggu beberapa minit untuk sebati sepenuhnya.

haaa.. nampak menarik tak? dan sedap jugaaaa (perasan sendiri) kuang3. ok dah ready untuk menjamu selera =D
ehh.. dah boleh kawen tak? agagaga =P 


Selamat Mencuba!! sharing is caring. =D















Monday 23 April 2012

Bayar Bil Rindu

Assalamualaikum..


Setelah 4 tahun tidak ketemu akhirnya dapat jua mengubat rinduku ini. poyo betul ayat kau hihi. =P

Saya cinta dan sayang awak sampai akhir hayat. Hanya ajal dan maut dapat memisahkan kita. =')

Saturday 21 April 2012

Rindu Melanda

Bismillahirrahmanirrahim..


haishhhh nak jiwang-jiwang kejap laaa.. rindunya dekat mr. fiance.. dah 4 hari tak jumpa.. 4 hari bagaikan 4 tahun. tapi hari ni nak jumpa dia.. bila rindu yang teramat dah timbul, mesti menangis.. alahai tisunya hati ni. ni lumrah manusia bercinta. kasih, cinta dan sayang adalah amat berharga. mesti kena hargainya. Mohd Faris, wait for me dear. kejap je lagi.... ^_^

Battleship besttt!!

Assalamualaikum..


Hari tu pergi tengok movie Battleship dengan mr. fiance. Best ok cerita dia. wajib korang yang belum tengok tu pegi tengok. huhu.. 


hero dia boleh tahan hansom, Taylor Kitsch  =D tapi suka cari pasal. haha.

ni heroin dia, Brooklyn Decker. Hot dan Sexyyy ok. boleh fight dengan Megan Fox ni. huahaha. kalau nak tahu dia sexy macam mana, search lah dekat Google. hihi =P


masa mula-mula tengok Battleship macam perasan sorang perempuan negro ni. muka macam biasa tengok. rupanya Rihanna ok. dia yang sexy masa menyanyi boleh jadi navy dalam movie. not bad lah lakonan dia. hehe. hah semangat waja tak. 






Wednesday 18 April 2012

Zoo Johor + Chicken Chop Hutan Bandar

Assalamualaikum


tengok tajuk pun dah tahu entri ni pasal apa kan. hahaha.. biasanya weekend pada hari ahad aku dengan mr. fiance akan keluar jalan-jalan. aktiviti utama mesti tengok wayang. tapi memandangkan sabtu malam tu aku gian tengok movie korea, so aku tidur lambat.. mr. fiance pula balik pukul 3 pagi ada job sikit dekat luar dengan kawan dia. dah jadi masing-masing tidur lambat, bangun pun lambat lah kan. aku bangun pukul 10 pagi, ceh sempat lagi aku bukak laptop sambung tengok movie korea tu. mr. fiance pulak belum bangun. malas lah nak call kang kacau pulak dia tak cukup tidur nanti. shian yeee.. hihi..

lepas tu decide nak keluar pukul 3 petang. plan nak pegi tengok movie dekat City Square. tapi makan dulu dekat food junction die je. lepas makan pegi tempat beli tiket mak aihh tak macam panjang lagi. aku tengok mr. fiance lama-lama, pastu baru lah dia decide nak bawak aku pegi ZOO JOHOR ok. haha..dating dekat sana pun jadi lah. asek tengok movie je boring jugak. sekian lama tak pegi zoo.. last pegi masa tahun 2006 tu pun dekat ZOO MELAKA. tapi ZOO JOHOR kecil sedikit lah dari ZOO MELAKA. ok lah malas nak type panjang-panjang. just nak share beberapa gambar haiwan yang cute dalam zoo tu.. hihi


tidur dengan mata tertutup dan mulut terbuka. tak senonoh betoi. haha
ceteka apa natang ni? kih3


eh yang ni bukan haiwan k. ni gadis Bunga September. =p

masa nak balik tu kaki dah melecet dah. huhu lain kali nak pegi zoo kene pakai kasut flat je tak pun sport shoes. selesa sikit nak berjalan. apa-apa pun we all have fun sangat. malam pulak lepak dekat tepi laut dapat lah tengok-tengok Kota Singapura tu sambil meluahkan kata-kata cinta we all. =P
lepas lepak situ we all pegi makan chicken chop dekat Hutan Bandar. haaa sapa dok Johor Bahru kalau tak tahu chicken chop Hutan Bandar memang kesian. hehe ayat berlagak aku. harga dia RM5 je. murah kan? sedap pulak tu. =D



Selain chicken chop, ada juga makanan bergoreng, otak-otak, kacang rebus.. tapi tak pernah cuba lagi makanan lain selain chicken chop. sebab tiap kali nak ke sana memang tujuannya nak makan chicken chop. camne nak makan benda lain lak kan. kalau perot ni ada 10 tong boleh lah jugak. haha =P