Monday, 23 July 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Rasanya belum terlambat nak ucapkan Salam Ramadhan kan. ehehe. Selamat Berpuasa korang ! Semoga apa yang dirancangkan dan diperlakukan, berjalan dengan sempurna hendaknya dan juga semoga diberkati Allah s.w.t. Sama-samalah kita berbuat baik di bulan yang mulia ini k. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Buang tabiat buruk, Buat amalan baik. =). Hah kepada sesiapa yang terlupa macam mana nak niat berpuasa di bulan Ramadhan ni, meh aku share. Sharing is caring (^_^)

gambar dari google.

Hah dibulan puasa ni juga, kita kena banyak buat amalan-amalan yang baik. Lepas tu, tinggalkan semua perkara jahat. Dan juga, solat 5 waktu jangan lupa ye kawan-kawan. Solat-solat sunat yang lain juga lebih bagus kalau nak buat. Syaitan pun takde kan bulan puasa ni. so, nak buat apa-apa semua tenang je. Ingat mengingati juga perlu kan. =)

Antara beberapa amalan baik untuk dikongsikan :

1. Banyakkan pembacaan berkaitan Ramadhan.
2. Membaca Al-Quran.
3. Sentiasa dalam keadaan wudhuk. 
4. Bersedekah.
5. Beri masa bersendirian untuk berzikir kepada Allah s.w.t.

Antara beberapa perkara yang perlu ditinggalkan :

1. Jenayah (sudah pasti).
2. Mengeluarkan ayat-ayat kesat.
3. Tamak. (lebih-lebih ketika membeli juadah berbuka)
4. Bergaduh sesama umat.
5. Dengki mendengki.
6. Tidak pandai mengawal rasa amarah.

Sama-samalah kita. =)

Pergi bazar beli air,
Ingat ye jangan membazir.
ehehe ;D