Friday, 13 July 2012

My Weekend - Pecel Lele Madu Bakar

Assalamualaikum..

Lebih senang kan nak update blog ni buat cerita weekend kita je. Kalau tak, tak tahu nak cerita apa. Asal boleh.. ahaha. ok weekend aku yang lepas, hari Sabtu (7 July 2012), ceh siap date tu, bukan apa senang nanti masa dah tua baca balik blog ni senang sikit nak ingat. tapi kalau dah nyanyok tak boleh nak buat apelah kan. ahaha. Astaghfirullah aku ni mulut. biasa die ye. mintak dijauhkan lah penyakit nyanyok tu. ihihi. =) ok Sabtu lepas mr.fiance teman aku pergi attend ujian bertulis untuk dua jawatan dekat Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) pukul 12 tengah hari dan 2.30 petang. Lepas jawap, aku tawakal jelah macam biasa, nak berharap sangat pun tak boleh. Kalau dapat, Alhamdulillah. =)

Lepas habis jawap dua-dua paper tu, kitorang pergi lunch. uh lunch apa dah nak pukul 4 petang dah masa tu. ahaha. Kitorang lunch dekat Restoran Santap Sunda Sawargi (SSS). hah! takut tak dengar nama restoran dia? ihihi ni restoran yang menghidangkan menu makanan orang Indonesia. Kitorang selalu pergi dekat Taman Universiti, JB je sebab dekat. Dah lama dah restoran ni ditubuhkan. ehehe. Yang paling famous mestilah Nasi Ayam Penyet dia kan. Dah selalu dah pergi makan dekat sini sampai tak terkira berapa kali. First time kitorang datang sini, kitorang teringin nak makan Pecel Lele. haa kepada sesiapa yang tak tahu apa itu Pecel Lele, ia adalah ikan keli yang dihidangkan bersama nasi putih kukus, tempe goreng, tahu goreng, ulam-ulaman, ikan masin pun ada. Kitorang makan Nasi Ayam Penyet dia sekali je sebab tiap kali pergi makan dekat sini mesti order Pecel Lele Bakar dia. Ikan keli dia di perap dengan madu dengan bahan-bahan yang lain. And kalau kitorang nak makan dekat sini kena make sure perut tu betul-betul kosong sebab penat nak habiskan satu hidangan tu. huhu. kalau tak habis membazir kan, dah jadi amalan syaitanirrajim. ihi. lagi satu, aku dengar ramai jugak yang tak boleh telan ikan keli ni. terpulanglah kepada tekak masing-masing ye. aku ni badan je kurus, tapi kayu dan batu je yang aku tolak. ehehe. =P. jom tengok hidangan dia. Jangan risau dijamin HALAL. (^_^)

Feveret : Milk Apple Juice for me & Milk Carrot Juice for him (^_^)

om nom nom (selalu tengok orang type =P)
.

satu set without drink, RM8.50 tak silap aku. hehe
 Nasi Kukus
 Ni sup dia. rasanya masam-masam manis. ada jagung potong dalam dia. =)

Ni lah kedai dia =D

hah lepas habis memenuhkan peyot tu, kitorang pergi Jusco sebab aku nak cari flat shoes sebab haritu nampak brand Summit ada 50% diskaun. After less, dalam RM19.90 macam tu. ehehe. Lagi pun esoknya ada mini reunion sekolah so senang sikit nak jalan-jalan pakai flat shoes kan. tak sanggup lagi nak jalan-jalan pakai heels nanti melecet. =(. pastu sampai-sampai Jusco je yang diskaun 50% semua macam takde yang berkenan. mr.fiancee pun cakap tak lawo. Then dia soh amek je mana yang lawo. tapi harga dah tak dapat 50% punya lah. dia kata takpe dia bayar half (nape tak semua sayang? ekeke) =p. Lastly, mr.fiancee yang choose flat shoes aku. cantik tak? ehehe

RM49.90

Thanks for reading ! (^_^)


2 comments:

Faris said...

bile pulak cyg amek gambar kedai tu..
ha.. amek curi2 ea tampa pengetahuan i...haish..

Wawa - Bunga September said...

Google lah sayang. apa lagi. ekeke =P