Tuesday 14 August 2012

Cadbury Boost !

Assalamualaikum..

Suka sangat aku buat entri chocolate. Tak tahu lah kenapa. Sebab aku suka makan chocolate kot. ehehe. kali ni nak suggest chocolate BOOST. ehehe. Aku try chocolate ni sebab tengok mula-mula adik beradik aku kemain makan sungguh. Daripada akak aku sampailah ke adik-adik aku yang makan. Apa sedap sangat ke chocolate tu? Jakun betul aku ni kan. Orang dah lama makan kau baru nak ambek tahu HAHA. Masa tengok dorang makan tu tak mengecek(mintak sikit) pun. tapi bila jalan-jalan dekat Pasar Raya haritu teringin pulak nak merasa.Beli lah satu jadinya. Dah tengah puasa ni tak tahu lah bilanya nak makan. Aku beli je. Dah dekat seminggu beli baru lah sempat bukak. Macam mana nak bukak kalau perut dah penuh dengan makanan berbuka tadi kan. Kalau perut ada sepuluh takpe gak. huhu. Tak kan nak makan masa sahur? Oh tak boleh tak boleh.

Packaging dia biasa je. Mula-mula tak tahu pun chocolate ni brand Cadbury. Lepas belek-belek baru lah tahu. Patutlah sedap. Cadbury chocolate semuanya memang sedap kan. HAHA. Harga hanya rm2.90 sahaja. Mampu untuk di beli. ehehe. =p


 After bite ! 

Packed with Biscuit For Crunch ! Smooth textured chocolate flavored centre with crunchy biscuit pieces surrounded in caramel, all covered cadbury milk chocolate ! =D oh so yummeh ! =D


Haa satu lagi, siapa yang nak cepat dapat kencing manis, makan lah banyak-banyak chocolate ni ye. Gila manis tahu tak?? aiihh.. Sekali sekala boleh lah. Siapa pernah rasa chocolate MARS, lebih kurang macam tu lah manisnya. huhu. K bye.

No comments: