Monday 13 August 2012

Berbuka Puasa With Ex-Classmates

Assalamualaikum..

Kali ni entri tentang reunion berbuka puasa bersama ex-classmates masa study Diploma dekat Poly PD dulu. Setelah sekian lama tidak berjumpa. Reunion diadakan pada hari Jumaat, 3 Ogos 2012 di Johor Bahru especially untuk sesiapa yang berada dan bermastautin di JB. Yang jauh-jauh tu kalau nak datang memang di alu-alukan. Lagi pun semua busy kan, so tiada paksaan untuk sesiapa yang nak attend. Lagi ramai lagi meriah. hehe. Dan boleh bawak partner masing-masing. Lepas balik kerja je terus berdezupp balik rumah bersiap semua. Pukul 6.45 gerak bersama tunang tercinta, Faris. Perjalanan mengambil masa hanya 20minit kalau tak jam. On the way tu pulak ada accident yang agak mengejutkan juga lah yang berlaku di lane kanan sekali. Kereta sondol teksi sampai tertonggeng bontot teksi tersebut di atas kereta yang menyondol tu. Boleh bayangkan tak? Kejadian berlaku betul-betul depan mata. Dah lah tengah hujan pulak tu. Itu mungkin punca daripada tak nampak jalan dan buat amergency break. Ok itu hanya iklan ye. Alhamdulillah kitorang tak ada apa-apa. Selamat... =) Kitorang pun meneruskan perjalanan dengan menyilok ke jalan kiri. Finally, sampai juga di Restoran Anggun di Taman Tampoi Utama. Sampai-sampai je azan sudah berkumandang. Salam mereka semua dan menjamu kurma dulu. Lepas tu terus membaham semuanya. AHAHA.


Haaaaa nampak tak nampak takkk? ehehe =p

Sup Daging. Yummeh !

Siakap Lemon Stim.

Siakap 3 Rasa =D

Brokoli. yumm2 ~

Burung Puyuh

Tom Yam Seafood. Sedap sangat . Tapi tak dapat makan banyak sebab tummy dah full. huhu

Nestum Butter Prawn ! =D

Muka happy kekenyangan. haha

Oleh kerana camera masing-masing tidak berkualiti, inilah hasilnya. huhu



















No comments: