Tuesday 19 June 2012

Domino's Pizza memang yummehh!

Assalamualaikum

Tengah hari kelmarin mr.fiance tanya, 'cyg nak makan domino's pizza tak for lunch?' lepas tu aku jawab, 'tak nak lah sebab perut teringin nak makan nasi'. Aku ni tak berapa suka kalau lunch cari fast food. aku wajib ambil nasi juga. tak kesah lah nasi apa asalkan nasi! nama pun melayu, perut pun melayu lah kan. hehehe.. tapi bila aku fikir balik, entah-entah mr.fiance teringin nak makan tak? but i had to say sorry to him and tell him kita pergi next time je. and he said, ok. you know what? dia tak pernah membantah apa yang aku decide. dia just fikir apa sahaja yang aku suka. sampaikan dia pernah marah dekat aku sebab aku serba salah asek aku je yang decide. boleh? yelahh aku pun kena jaga hati dia juga kan. tak sedap lah asek ikut cakap aku je, asek ikut citarasa aku je. huhu. 

dan sambung cerita, kitorang makan nasi berlauk dekat Singgah Selalu U Mall. masa tengah makan tu, dia cakap tak puaslah makan. halamaaakk.. kesian pulak. pulak tu lauk yang aku amek pun tak sedap juga. 'tawar meleset' bak kata mak aku. haishh. aku rasa Singgah Selalu dekat situ memang tak berapa sedap lah berbanding dengan depan Danga Bay tu. sebab dah dua kali aku makan. dua-dua kali tak sedap. lagi lah aku rasa serba salah masa mr.fiance cakap tak puas makan. then, aku soh dia order makanan bergoreng ke tambah-tambah apa yang lain tapi dia tak nak pulak. lepas makan kitorang pergi tengok movie Men In Black (MIB) yang dah berkurun lama dekat cinema sekarang. habes, itu je yang sesuai dengan masa kitorang. nak tengok Bohsia, tak best katanyaaa.. 

ok panjang betul cerita aku dekat atas macam ada orang nak baca je. =p sekarang nak cakap yang aku nak tebus serba salah aku dekat mr.fiance actually. then, malam tadi ajak dia dinner dekat Domino's Pizza. ok tak nak panjang-panjang cerita, aku choose Tuna Temptation with New York Crust.  aku pilih ni sebab dia tak terlalu gebu dan tak terlalu garing. kalau nak gebu, kena pilih Classic Hand Tossed dan kalau nak garing dan rangup boleh pilih Crunchy Thin Crust. Teringin gak nak amek Double Decker tu tapi takut muak sangat pulak kan. takpe lain kali mesti cuba. huehue. 

Tuna Temptation with New York Crust. yummeh ! =d

Banana Kaya for dessert! the sweetest ! =D

Dua orang makan ni je pun cukup. Alhamdulillah. =)

 Lakonan semata-mata. ekekeke =p


Lepas ni nak cuba menu lain pula lah. hihik =p
Craving ? please click here for the menu & price ---> Domino's Pizza  =D Enjoy !

2 comments:

miss shera said...

double decker sedap. shud try!
akak selalu beli dabel decker n nyc.
yummeh!!

Wawa said...

yeke? uh ni yang nak try lagi ni.
memang yummeh lah dominos! >_< hihi