Saturday 14 April 2012

Milo Panas + Oat



Assalamualaikum

Lately ni, aku mengamalkan makanan yang sihat. Maklumlah, baru sedar nak jaga kesihatan diri ni. Lagi-lagi sekarang ni muka aku telah dicintai oleh jerawat-jerawat yang degil. errhh.. rasa macam banyak taik bintang pulak dekat muka ni. Tapi bukan itu je sebabnya aku nak mengamalkan makanan yang sihat. Disamping itu, kita juga boleh menjaga aktiviti dalaman badan kita ni seperti darah, usus-usus dalaman, saraf-saraf, lemak dan kolestrol, dan macam-macam lagi. Haa... dulu punya lah kemain meriah nya makanan harian aku. Sarapan pagi hamek roti telur campur kuah kari dengan sambal ikan bilis memang menjilat jari.. kadang-kadang pulak hamek nasi lemak yang berlemak tu campur pulak dengan telur goyang. kalau ada pedal & hati hati masak rendang cili hijau pun boleh tambah. pehh memang meleleh lah.. sekarang tengah menaip ni pun terasa nikmatnya makan nasi lemak tu. haha aptb! dan bila sarapan pagi, aku wajib buat air panas biasanya milo panas dan kadang-kadang kopi supaya aku boleh melabur pukul 10 pagi nanti dekat tandas. =D 


naahhh bagi terliur sikit =P


Makan tengah hari pulak aku memang wajib hamek nasi. kalau tak, belum sampai petang perot dah main tong drum buat lagu faizal tahir dah. nasi tu tak kesah lah amek nasi berlauk ke, bergoreng ke, asalkan nasi. lepas tu, kalau petang aku lapar aku akan cari something yang boleh alas perut untuk tunggu makan malam. tapi disebabkan dorang dalam ofis aku ni suka collect duit sorang singgit. untuk apa tau? untuk beli gowen pisang. haha memang berkolestrol tinggi siapa tak tahu.. dah lapar aku bedal jelah lagi-lagi gowen pisang tu disaluti dengan tepung cap adabi pehh memang tak boleh tahan lah dan biasanya makan gowen pisang dengan kuah kicap. tapi ada pulak tambahan kuah kacang. memang lagi lama lah kan aku dok situ. lepas dah kenyang, hati pun girang! kakaka..=P 


makan malam pula, kadang-kadang makan dekat luar dengan encik tunang, kadang-kadang pula masak sendiri dekat rumah. kalau dekat rumah yang aku biasa buat nasi goreng lah. habes tu je yang paling cepat dan mudah. kihkih.. kalau makan dekat luar aku bolehlah buat pilihan nak makan apa. tapi paling aku suka makan dekat satu kedai kelate tu adalah kueh tiow hongkong. nyum nyum! dah lah sedap, murah pulak tu. memang tak jemu-jemu aku makan sana. kalau boleh hari-hari pun nak makan situ. hihi ^_^



orang kata, pemakanan yang sihat adalah bermula dari sarapan yang sihat. haa haritu aku ada update entri ni pakai nesvita. tapi kawan aku kata nesvita tak bagus sebab kandungan gula dia sangat tinggi. so, aku tukarkan nesvita dengan oat. sekarang ni sarapan pagi aku dah bertukar menu.=D aku dah tak hamek sarapan pagi yang dekat atas tu. (tak tahu lah tahan sampai bila =P). sekarang aku amalkan bijirin-bijirin yang berkhasiat. currently, aku minum milo panas tapi aku tambahkan dengan oat. aku pakai jenama Quaker Oat. 
\
dah ready untuk diminum.. =D

Selain itu, kita boleh makan kraker sayuran. currently, aku makan kraker sayuran dari munchy's. serius sedap ok! kalau petang-petang lapar aku akan buat milo panas lepas tu boleh lah cicah dengan kraker sayuran ni.

harga RM3.90 sahaja =D

haa.. dah sihat dah menu sarapan pagi aku. dah takde dah yang berminyak yang boleh memberi kolestrol yang tinggi kalau makan hari-hari. tapi dalam seminggu ni, ada sekali aku dah bantai nasi lemak telur sebab tak tahan dorang kat ofis ni melantak nasi lemak depan aku. haish kau ni wawa tak tahan dugaan betol! kakaka.. tapi aku akan pastikan yang aku boleh makan sekali sekala je. tak boleh lah selalu kan. kata nak jaga kesihatan badan. 


psst : ada macam-macam lagi jenis minuman bijirin yang berkhasiat. hanya perlu pilih sahaja. ^_^

4 comments:

miena said...

terus rase lapa nyerrrr :D

Wawa said...

haha =P

Unknown said...

yunk...kue tiau HK tu nmpak sedap okee...>.< nesvita coklat an ade...aq pon minom nesvita tu gak tp x cmpur...takot rase laen...:P

Wawa said...

tak jumpe. haha.. tp aku dah tak nak minum nesvita. kawan aku kata gula die tinggi. aku dah tuko quaker oat.. tp tak sempat wat entry lg. hihi.