Wednesday 23 May 2012

Syaitan Bertopengkan Manusia ke Manusia bertopengkan Syaitan?

Assalamualaikum


Takdelah wordless Wednesday sangat kan. tapi wordless Monday lah kelmarin.. nak cerita kelmarin punya cerita la ni. hal ini berlaku di akaun muka buku. entah syaitan mana entah yang nak laga-lagakan dan rosakkan hubungan kami ni. kau ingat boleh? hanya ajal dan maut dapat memisahkan kami dengan takdir Allah S.W.T. Alhamdulillah kami tabah dan bersabar dengan dugaan ini. selepas kejadian, terus laju-laju aku search google pasal doa menghindari diri dari manusia yang keji dan dilindungi dari iblis dan syaitan. apa-apa yang terjadi pun, kita mesti mengharunginya dengan kuat. mental harus kena kuat. yeh chayok2! >_<

SAY NO TO DEVIL

Monday 21 May 2012

Bulan Rejab

Assalamualaikum..

Malam ni dah nak masuk 1 Rejab. Just wanna sharing something good guys! 


Kelebihan Bulan Rejab



1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1433h/Isra Mi’raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab, maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah SWT. InsyaAllah.

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah saw lagi : “Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril A.S “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”


psst : sharing is caring. ;)

Thursday 17 May 2012

Trouble May

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama tak update blog sebab banyak sangat kerja. Harini banyak gak kerja tapi tak kira nak update blog gak. Sedar tak sedar sekejap je dah masuk bulan May.. eh dah pertengahan bulan May dah.  banyak betul peristiwa yang berlaku dalam bulan May ni. Especially, bab-bab pergaduhan dengan mr. fiance. ini lah agaknya orang kata dugaan selepas tunang.  apa-apa pun, kami mesti pandai menyelesaikan masalah walau lambat atau cepat sekali pun. walau apa pun jadi, kami mesti kuatkan ikatan ni.  aku terlalu sayangkan dia.  tapi kadang-kadang tak pandai nak membuktikan kasih sayang ni dekat dia.  hanya boleh bagi tahu melalui mulut je. tapi hati sentiasa ikhlas. hanya nak mr. fiance tahu, yang aku tak sanggup kehilangan dia.  hanya takdir Tuhan je yang boleh memisahkan kami.  =')