Tuesday, 24 April 2012

Paprik Ayam Cara Sendiri

Assalamualaikum..


dah lama aku nak share resipi dan cara-cara macam mana nak buat paprik ayam ni. tapi tak sempat update blog. senang je nak masak dia. macam masak lauk-lauk lain juga. kalau cari resepi dekat google tu macam-macam keluar. lain orang lain juga caranya. ini sekadar nak berkongsi ye. tak adalah pandai sangat. =P


Bahan-bahan :
1. bawang besar - 1 biji (dihiris)
2. bawang putih - 4 biji(dihiris)
3. halia - besar ibu jari (dihiris)
4. cili api - ikut suka nak pedas macam mana
5. daun limau purut- 3 keping
6. serai - 1 batang (tak sempat ambil gambar) =P
7. garam



8. sayur-sayuran - aku pakai bunga kobis dan lobak merah saja. sepatutnya ada jagung muda tapi aku tak suka. haha

9. lada kisar - buatan sendiri

10. isi ayam - dipotong dadu

11. air asam jawa.

Ok dah boleh mula memasak. =D

 - mula-mula tuang minyak masak dahulu. lepas minyak dah panas, masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan serai tadi sampailah naik bau wangi dia. 

- lepas tu masukkan lada yang telah dikisar. 

- kacau-kacau, godak-godak, gaul-gaul dia. 

- 10 minit kemudian, masukkan isi-isi ayam. dan kacau-kacau lagi. 

- lepas itu, masukkan sedikit air masak. biarkan ia mendidih, dan menggelegak. haha

- kemudian, setalah ayam itu separa masak, masukkan sayur-sayuran yang telah tipotong tadi.

- kemudian, jangan lupa letak garam ye. biarkan lagi sehingga ayam masak sepenuhnya. lepas tu tuangkan air asam jawa tadi.

- kemudian, masukkan cili api yang telah dipotong dan daun limau purut.

- tunggu beberapa minit untuk sebati sepenuhnya.

haaa.. nampak menarik tak? dan sedap jugaaaa (perasan sendiri) kuang3. ok dah ready untuk menjamu selera =D
ehh.. dah boleh kawen tak? agagaga =P 


Selamat Mencuba!! sharing is caring. =D















6 comments:

smurfblue said...

dapnyaaa..follow aku :)

Anonymous said...

Kalo tmbh sos tiram lg mables..sharing is caring :)

Bunga September said...

follow aku dulu. kih3 =P

Bunga September said...

owwhh.. ok thanks. akan cuba lagi. =)

Nor Aini said...

Wahh wawa. Da bole kawen da nih.
Nanti share resipi lagik tau.
Nampak mengiurkan laa wawa :)

Bunga September said...

hihihi.. takdelah pro sangat anie. biase2 je..
kena improve lagi.. ok kalau ada resepi lain t wawa share.
sharing is caring. hehe ^_^