Monday, 6 August 2012

Cloud9 Chocolate - Strawberry & Orange

Assalamualaikum

Aku ni memang suka makan coklat. sape yang tak suka betul tak. Haritu MF ada bawak balik satu balang coklat Cloud9 perisa strawbery beli dengan opismate dia. MF beli untuk adik-adik dia dekat Pontian. Aku rasa la sebiji, lepas tu amek lagi banyak biji. ahaha. Tak boleh tahan sebab sedap sangat. Aku bawak pergi opis bagi opismate, opismate pun nak gak. aku pun mintak lah MF orderkan perisa strawbery 5 balang untuk aku dan dua opismate yang lain. tapi perisa strawbery dah habis. tinggal oren je. oren pun jadilah. huhu. nasib baik oren pun sedaaaappp. =D


selepas gigitan. ehehe =P

Om nom nom. ehehe =D










Friday, 3 August 2012

Berbuka Puasa - Stulang Laut

Assalamualaikum

Sabtu lepas, masa balik dari jalan-jalan dengan mr.fiancee ingatkan nak singgah rumah atok mr.fiancee nak hantar langsir yang mak mr.fiancee dah jahitkan. (eh berapa banyak lah mr.fiancee kau). eh lepas ni panggil MF jelah, shortform for MOHD FARIS. ehehe. k sambung cerita, aku call nenek MF nak bagitahu nak hantar langsir tersebut. Dia kata 'datang lah esok berbuka dekat sini. harini kitorang berbuka dekat luar. takde dekat rumah'. MF kata ok, aku pun follow sajeee. hihi Esoknya, on the way ke rumah atok dan nenek MF delat Stulang, singgah jap dekat bazar dekat area situ gak. beli sikit-sikit apa yang boleh buat tambah-tambah. tak biasa datang umah orang dengan tangan kosong. huhu. Then, kitorang beli potato wadges dengan cempedak goreng je. hihi. Sesampai je dekat umah atok nenek MF, banyak gak makanan. yang nenek masak lain, yang atok beli lain. makan berempat je. hoho. senang cerita tengok ajelah gambarnya. =P


Haaaa nampak tak nampak tak? kih3. =P

kuih nagasari dan pelepat pisang

karipap sardin & kentang

murtabak daging

cempedak goreng. yummeh !

ikan cermin masak asampedas lada hidup

popia sayur goreng

salad. nyum2 crunchy gituuu. 

ayam masak merah black pepper 

Om nom nom.. Sementara tunggu azan maghrib, tengok Upin Ipin dulu. ehehe


Selamat Berbuka ! =D



Raya Promotion !

Assalamualaikum

Siapa yang tak suka dengan promotion kan? ehehe. naaaa settle satu bebanan. ;D



Kuih Raya Mak

Assalamualaikum..

Di bulan Ramadhan yang mulia ni, biasanya musim-musim orang buat kuih raya, tempah kuih raya, beli kuih raya.. Nak cerita lah ni yang mak aku ada buat kuih raya. ehehe. Mak aku ni memang minat sangat dengan bakery. Dia suka pergi kelas bakery. Aspecially, cookies & cake. Toast pulak mak aku tak berapa minat. aku pun dah banyak juga rasa hasil tangan mak aku. memang not bad lah. kalau jual pun memang boleh laku. ehehe. Nak dijadikan cerita, mak aku plan tahun ni nak buat kuih raya untuk dijual. mak aku buat 4 jenis sahaja. tak boleh banyak-banyak sebab mak aku baru mula nak berjinak-jinak dalam business ni. kuih raya yang mak aku buat adalah tart nenas, chocolate chip, suji almond dan semperit. favorite aku yang chocolate chip tu. ala-ala Famous Amos gituuu.. ihihi. sebelum ni ada juga jual sikit-sikit dekat orang. aku pun ada juga jual dekat kawan-kawan. Alhamdulillah, semua kata sedap. jom tengok gambar kuih. =D

1- TART NENAS


2- CHOCOLATE CHIP

3- SUJI ALMOND

4- SEMPERIT PELANGI

Alhamdulillah, setakat ni rezeki mak aku sangat murah. Terima kasih Allah dengan rezeki yang Engkau beri. aku bersyukur dan happy sangat bila dapat tahu mak aku banyak dapat tempahan walaupun dikalangan saudara-mara dan kawan-kawan. tapi ada juga yang buat tempahan sampai beratus-ratus tapi mak aku terpaksa menolak sebab tak cukup tangan dan tenaga nak buat. sebab mak aku sorang je yang buat. aku tolong pun time balik Batu Pahat jelah. adik-adik sebok dengan sekolah dan belajar. Kesian mak. Takpe mak.. kayuh pelan-pelan. ada rezeki tak kemana. ^_^ kita cuba untuk tahun depan pulak ok. Untuk makluman, tempahan telah ditutup. Sekian, terima kasih. hee

p/s : yang order beratus-ratus tu bos aku lew.. tapi mak aku dapat terima 50balang je. ekeke =P

Thursday, 2 August 2012

Newborn baby!

Assalamualaikum..

Actually, dah lama nak share berita gembira ni. tapi tak terbuat. dan jangan tanya kenapa. ahaha. =P. Al-kisah, aku ni mempunyai 6 orang adik beradik.  aku anak yang kedua. akak aku dah kahwin bulan 5 tahun lepas. dah mengandung dan dah juga melahirkan baby boy yang comel. main purpose nak buat entri ni sebenarnya ialah nak bagi tahu yang aku SANGAT SANGAT SANGAT teruja sebab dah dapat nephew! yelahh.. anak buah yang pertama dalam family lah katakan. makcik-makcik dia excited mengalahkan papa and mummy dia. ehehe. so, nak introduce my cute nephew ! =D 

Name : Aqeel Nufael Bin Mohd. Akmal
Gender : Male
D.O.B : 8 June 2012
P.O.B : Hospital Serdang

Parents of Aqeel Nufael

Aqeel dah besar sikit daahhh. =D


eee gewam tak tengok die tenyuuuummmm >_<

 sekarang dah dekat 2 bulan. kejap je rasa. 

muka pun dah boleh jadi taiko ! ahaha 

Bulan Ramadhan ni Aqeel dah botakkan kepala. =D haha gewam!


Sekarang, Aqeel kena berkenalan dengan grandfather, grandmother & aunties dia yang cun melecun ni. Ni kira nama panggilan glamour lah. ehehe

Ayah            - Tok Ayah
Mak              - Nanny (ni memang glamour habis) kihkih
Najwa (aku) - TY WA (AUNTY WAWA) =p
NAzmiera     - TY RA (AUNTY MIERA)
Nathilia        - TY TY (AUNTY NETTY)
Fatihin         - TY TIN (AUNTY ATIN)
Natassha     - TY CHA (AUNTY ACHA)

No panggilan such as Makngah lah Mokde lah Makteh lah. Ahaha kelasss kau wawa! =p

ehehe. nama-nama ni di reka sebelum baby born melihat dunia. tapi tak tahu lah samada semua nama ni terlekat atau tidak. Tapi sekarang Aqeel belum boleh melihat dengan jelas lagi. So, Take time lah kan nak bermanja-manja dengan auntie dia. ^_^Tak sabar rasanya nak tunggu dia besar. Sekarang ni pun dah geram gila. Bila jumpa asek kene tioooommmm je ngan TY WA dia. ehehe =P

Thanks for reading. K bye ! ;D