Saturday, 6 April 2013

Wedding Preparation - Solemnization Clothes & Veil

Assalamualaikum

Entri ni nak kongsikan tentang pemakaian saya sewaktu majlis akad nikah saya dan husband kelmarin. 


Baju
Baju adalah jenis kurung moden. Selalunya bakal pengantin akan beli atau buat baju khas untuk majlis pernikahan kan? Tapi tidak untuk saya. Baju ni adalah baju semasa kakak saya nikah pada tahun 2011. Hah jangan terkejut. Hehe. Lagi pun, ramai yang suggestkan supaya pakai baju kakak saya ni. Nasib baik saiz badan kami lebih kurang sama. Dan nasib baik juga kakak saya bermurah hati untuk bagi saya pakai semasa majlis pernikahan saya yang lalu. Baju pun masih cantik dan moden lagi. So, apa salahnya kan. Disamping itu, boleh cut cost ;) 

Pada awal nya, baju ni takde pearl yang berwarna turquoise tu. Hanya manik-manik putih yang berkilauan. Nampak tak? tapi saya dah buat satu kelainan dekat baju ni.  Decide nak buat warna turquoise. Selain ada pearl warna turquoise, saya selitkan sedikit dengan pearl warna gold yang bersaiz lebih kecik daripada pearl turquoise. 



Veil
Veil pula adalah jenis half moon kosong. Warna putih memang susah nak cari. Nasib baik dekat Plaza Angsana, Johor Bahru ada. Saya dapat harga murah, RM30 sahaja (^_^). Untuk mencantikkan veil ni, saya letakkan applique, beads & pearl. Applique tu yang warna putih ada diamonds dekat atas die tu. Saya pakai 3 keping untuk veil ni. Memang minat sangat dengan applique ni. Lagi pun boleh jimat masa and tenaga sebab kita just tampal applique tu. Kalau beads & pearl dah kene jahit kan :) Pearls pulak saya buat macam crumble. Combine kan warna cream dan turquoise. Lepas tu jahit tabur-tabur dekat belakang kepala dan tambah sikit diamonds putih transparent. Dah siap ! :D


Actually, tak pandai sangat menjahit manik-manik bagai ni. Tapi dengan keyakinan yang ada, Alhamdulillah saya boleh buat. Dan hasilnya sangat-sangat memuaskan hati. Tak sangka tangan yang tak berapa nak creative ni boleh menjahit. Hihi. Ok sekarang, saya nak share dekat mana saya beli beads & pearl ni. Dah lah murah, banyak choice, lepas tu staff-staff dia pun peramah sangat. Banyak kali dah pergi kedai ni. 


Kedai ni ada menyediakan - BUNGA TIRUAN, BUNGA SEGAR, AKSESORI PERKAHWINAN & BARANGAN HANTARAN (REBEN,RENDER,ROSETT), HIASAN TEMPAT PERKAHWINAN DAN BARANG DEKORASI RUMAH.

Kedai Bunga & Hantaran Mulan
15-17, Jalan Titiwangsa 3, 
Taman Tampoi Indah, Tampoi, 
81200, Johor Bahru, Johor, 
07-239 1285 

Ni facebook dia :






6 comments:

yasirah said...

salam..awk beli kat mane applique tu..=)

yasirah said...

salam..awk beli kat mne applique tu..=)

meen baker said...

Cun. Ktne sis beli applique?

KST said...

jemput tgk applique kt sini: https://www.facebook.com/LaceBeadsRhinestonesAndSuch

maisarah fahmy said...

Puashati bile dpt hasilkan sst dr 'air tangan' kita sendiri kan? Simple n cantik dipandang...

nuyu ateh said...

saya x pernah salah merasakan awak kawan saya.. tang mulut tuuu... hehehe.. its u, WAWA SAYANGGGG.....

~KAK EIKIN POLIPD~