Wednesday 8 August 2012

Berbuka Puasa - Banafee Village

Assalamualaikum

Tahun lepas bos belanja staff semua dekat Sangkar Kristal, hidangan secara buffet dari LC Catering. Agak sedap dan tidak mengecewakan. jom imbas balik tahun lepas. ehehe
 Omnomnom ^_^

lapar pulak tengok soto ni. huhu

daging bakar =D

kuih-muih and fruits !

ikan bakar. yumm yumm ^_^

siput sedut masak lemak cili api. hadoooiii dapnyeeee

daging masak merah, fish fillet, and kerabu ! =D


Nampak menyelerakan tak? haip! jangan terliur sudah. sabar-sabar... ihihi =P

Tahun ni pulak, bos belanja staff dekat Banafee Village. Tempat dan suasana memang lah agak grand. Nampak makanan dia pun memang grand. Masalahnya, rasa makanan dia pulak yang tak grand. Halamak, spoil tekak aku tengah puasa betullah. Nasiblah tengah lapar, so aku bedal jelah apa yang ada. makanan seperti biasa secara buffet. dan macam biasa juga aku mesti cari nasi. lepas nasi, taghok le lauk-lauk. dessert segala bagai aku amek.



rojak sayur. not bad lah. =)

my dish plate ! =D

wajiblah bergambar kan. hee

  kuih muih and dessert disana. ada band juga =)

daging kambing panggang, ABC, drinks, nasi ayam semua disana.

pasangan romantik ^_^

Kak Ayu with her naughty daughter. >_<

Finally, Miza and me. ^_^

Lepas makan, aku merungut sendiri kerana ketidakpuashatian. ahaha. yelah sebab tak berapa sedap. aku pun tak tahu nak cakap makanan apa yang not bad dan boleh tahan sedap. huhu. pakkal lah free. kalau duit aku, aku dah hentak-hentak kaki dah kat situ tak nak bayar. ahaha. malam tu pulak call mak aku. cerita lah yang bos belanje dekat sini, makan ape, ape yang ada semua. pastu aku bagi tahu tak sedap dengan nada yang kecewa. lepas tu, mak aku cakap, 'ha tak bersyukur lah tu'. hamek kau sebijik ! haha. mak aku kata jangan merungut dengan rezeki yang kita dapat. kena sentiasa bersyukur. kalau tak bersyukur, nanti Tuhan tarik balik rezeki yang lain. aku pun jadikan kata-kata mak aku tu sebagai pengajaran. lain kali bersyukur saje walau apa pun rezeki yang datang. Baik mak =) 

Thanks for reading ! =D

No comments: