Friday, 3 August 2012

Kuih Raya Mak

Assalamualaikum..

Di bulan Ramadhan yang mulia ni, biasanya musim-musim orang buat kuih raya, tempah kuih raya, beli kuih raya.. Nak cerita lah ni yang mak aku ada buat kuih raya. ehehe. Mak aku ni memang minat sangat dengan bakery. Dia suka pergi kelas bakery. Aspecially, cookies & cake. Toast pulak mak aku tak berapa minat. aku pun dah banyak juga rasa hasil tangan mak aku. memang not bad lah. kalau jual pun memang boleh laku. ehehe. Nak dijadikan cerita, mak aku plan tahun ni nak buat kuih raya untuk dijual. mak aku buat 4 jenis sahaja. tak boleh banyak-banyak sebab mak aku baru mula nak berjinak-jinak dalam business ni. kuih raya yang mak aku buat adalah tart nenas, chocolate chip, suji almond dan semperit. favorite aku yang chocolate chip tu. ala-ala Famous Amos gituuu.. ihihi. sebelum ni ada juga jual sikit-sikit dekat orang. aku pun ada juga jual dekat kawan-kawan. Alhamdulillah, semua kata sedap. jom tengok gambar kuih. =D

1- TART NENAS


2- CHOCOLATE CHIP

3- SUJI ALMOND

4- SEMPERIT PELANGI

Alhamdulillah, setakat ni rezeki mak aku sangat murah. Terima kasih Allah dengan rezeki yang Engkau beri. aku bersyukur dan happy sangat bila dapat tahu mak aku banyak dapat tempahan walaupun dikalangan saudara-mara dan kawan-kawan. tapi ada juga yang buat tempahan sampai beratus-ratus tapi mak aku terpaksa menolak sebab tak cukup tangan dan tenaga nak buat. sebab mak aku sorang je yang buat. aku tolong pun time balik Batu Pahat jelah. adik-adik sebok dengan sekolah dan belajar. Kesian mak. Takpe mak.. kayuh pelan-pelan. ada rezeki tak kemana. ^_^ kita cuba untuk tahun depan pulak ok. Untuk makluman, tempahan telah ditutup. Sekian, terima kasih. hee

p/s : yang order beratus-ratus tu bos aku lew.. tapi mak aku dapat terima 50balang je. ekeke =P

2 comments:

U.Y.A said...

wah2...try promote lg..thn dpn promote awal tauuu

Wawa said...

ehehe biasa-biasa je ni kak.
testing-testing. heee ^_^