Sunday, 13 October 2013

Wedding Preparation - Guest Wishes Corner

Assalamualaikum

Kali ni nak share tentang Guest Wishes Corner di mana ia adalah satu trend pada masa sekarang ni. Kebanyakannya memang ada dekat majlis risepsi perkahwinan. 

Ini Guest Wishes Corner masa hari perkahwinan saya. Just simple and nice ! (^_^)


Yang ni pula Guest Wishes Corner di hari bertandang saya sebelah husband (^_^) Ini je gambar yang ada.

Saturday, 25 May 2013

Wedding Preparation - Reception Clothes

Assalamualaikum

Wahhh bersungguh wawa nak update banyak banyak entri harini. Mampu ke ? kihkih. InShaAllah. Kali ni nak share tentang baju wedding reception.

Walaupun colour theme is purple green, tapi saya tak selitkan langsung green colour sebab just nak baju nampak soft dengan pastel colour iaitu purple onlyyyy. and the pattern is a dress yang bercirikan kain potong kirai kirai dekat bawah tu. Bantai jelah nama. Haha. But I've just loved it !

Jika berminat dengan dress - Azidia Bridal Couture

Thanks for reading ! 





Wedding Preparation - Outdoor Reception Dais & Hand Bouquet

Assalamualaikum

Haaaaaaaaaaaaaaaaaiiiiiiiiii !!
Tak payah nak hai sangat kot. Dah lama tak update blog ni. Haishhh.. Dah berapa draft dah tak continue update. Ok fine harini nak update tentang wedding preparation yang belum habis lagi nak share. Kali ni tentang Reception dais and hand bouquet (^_^)

Colour theme : Purple Green

Saya sangat berpuas hati dengan hasilnya. Tak sia sia draw atas kertas. Sebijik. Hik hik


Ni pula meja makan beradab kami. Saya mintak simple vintage style (^_^)

Hand bouquet and shoes.
Simple but nice, right ? ;)

Kalau berminat :

Reception dais - Azidia Bridal Couture 
Hand bouquet - Something Handmade By Nuie 
Shoes - Vincci jeee. hehe

Byee !!

Monday, 8 April 2013

Wedding Preparation - Solemnization Mini Dais

Assalamualaikum. 

Kali ni nak share tentang pelamin mini untuk malam majlis pernikahan saya dan husband. Saya mintak bridal buat yang simple je. Tema malam tu ialah merah dan turquoise. Tapi pelamin just pakai warna merah dan tirai putih sahaja. Turquoise pula warna pada baju pernikahan saya dan husband :)


Jika berminat, sila berkunjung di facebook ----> Azidia Bridal Couture



Saturday, 6 April 2013

Wedding Preparation - Solemnization Clothes & Veil

Assalamualaikum

Entri ni nak kongsikan tentang pemakaian saya sewaktu majlis akad nikah saya dan husband kelmarin. 


Baju
Baju adalah jenis kurung moden. Selalunya bakal pengantin akan beli atau buat baju khas untuk majlis pernikahan kan? Tapi tidak untuk saya. Baju ni adalah baju semasa kakak saya nikah pada tahun 2011. Hah jangan terkejut. Hehe. Lagi pun, ramai yang suggestkan supaya pakai baju kakak saya ni. Nasib baik saiz badan kami lebih kurang sama. Dan nasib baik juga kakak saya bermurah hati untuk bagi saya pakai semasa majlis pernikahan saya yang lalu. Baju pun masih cantik dan moden lagi. So, apa salahnya kan. Disamping itu, boleh cut cost ;) 

Pada awal nya, baju ni takde pearl yang berwarna turquoise tu. Hanya manik-manik putih yang berkilauan. Nampak tak? tapi saya dah buat satu kelainan dekat baju ni.  Decide nak buat warna turquoise. Selain ada pearl warna turquoise, saya selitkan sedikit dengan pearl warna gold yang bersaiz lebih kecik daripada pearl turquoise. 



Veil
Veil pula adalah jenis half moon kosong. Warna putih memang susah nak cari. Nasib baik dekat Plaza Angsana, Johor Bahru ada. Saya dapat harga murah, RM30 sahaja (^_^). Untuk mencantikkan veil ni, saya letakkan applique, beads & pearl. Applique tu yang warna putih ada diamonds dekat atas die tu. Saya pakai 3 keping untuk veil ni. Memang minat sangat dengan applique ni. Lagi pun boleh jimat masa and tenaga sebab kita just tampal applique tu. Kalau beads & pearl dah kene jahit kan :) Pearls pulak saya buat macam crumble. Combine kan warna cream dan turquoise. Lepas tu jahit tabur-tabur dekat belakang kepala dan tambah sikit diamonds putih transparent. Dah siap ! :D


Actually, tak pandai sangat menjahit manik-manik bagai ni. Tapi dengan keyakinan yang ada, Alhamdulillah saya boleh buat. Dan hasilnya sangat-sangat memuaskan hati. Tak sangka tangan yang tak berapa nak creative ni boleh menjahit. Hihi. Ok sekarang, saya nak share dekat mana saya beli beads & pearl ni. Dah lah murah, banyak choice, lepas tu staff-staff dia pun peramah sangat. Banyak kali dah pergi kedai ni. 


Kedai ni ada menyediakan - BUNGA TIRUAN, BUNGA SEGAR, AKSESORI PERKAHWINAN & BARANGAN HANTARAN (REBEN,RENDER,ROSETT), HIASAN TEMPAT PERKAHWINAN DAN BARANG DEKORASI RUMAH.

Kedai Bunga & Hantaran Mulan
15-17, Jalan Titiwangsa 3, 
Taman Tampoi Indah, Tampoi, 
81200, Johor Bahru, Johor, 
07-239 1285 

Ni facebook dia :






Friday, 29 March 2013

03.02.13 - My Wedding Reception

Assalamualaikum

Majlis yang amat-amat meriah.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis. 
Saya amat menghargainya (^_^)


My hero is coming. Hehehe

While waiting for him (^_^)

Finally, sampai jugak melepasi tol-tol yang mahal. Hehehe

Tataaaaaaaaaaaa !! xD













Thursday, 28 March 2013

02.02.13 - My Solemnization

Assalamualaikum

Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu betapa bersyukur dan gembiranya hati ini setelah Faris & Wawa diijab kabulkan. Dengan sekali lafaz, saya sudah pun menjadi seorang isteri yang sah kepada Mohd. Faris Bin Tukimin. Alhamdulillah. Itu sahaja yang mampu saya ucapkan :')


Hamboi sewonok nye ye ! Yeay ! Kami dah kawin !! xD