Friday, 17 August 2012

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik, satu hari je lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Persiapan raya korang macam mana? aku punya bebiase je. Tak mewah mana pun, bersederhana lebih baik kan. =) malam ni aku akan bertolak balik home town di Batu Pahat bersama Faris. Lepas Faris drop aku dekat Batu Pahat, then dia pulak balik home town dia dekat Pontian. Normally memang macam ni, dia akan drop aku dulu baru balik Pontian. Boleh je kalau nak naik bas tapi dia tak bagi. Dari dulu lagi dia tak bagi unless kalau betul-betul urgent dan memerlukan. Risau katanya. Hee.. 


Dan esok program aku adalah mengemas rumah, memvacum, membasuh lantai, mengemop dan macam-macam lagi lah. Biasanya aku dan family akan balik ke kampung mak dan ayah pada hari raya pertama. Memang tak pernah balik sebelum raya sebab mak nak masak dekat rumah dan kami adik beradik pun sibuk nak menyiapkan diri. So, lebih selesa kalau bersiap dekat rumah kan? hee.. 



Kepada korang jugak, kalau yang balik kampung malam ni ke esok ke lusa ke, berhati-hatilah ye. Jangan bawak laju-laju, sit belt jangan lupa pakai. Kereta mesti dah siap servis kan? Dah cek semua kelengkapan kereta, enjin pun ok, dah isi minyak full tank, minyak hitam, tayar dan macam-macam lagi lah. Dah perfect semua barulah terjamin perjalanan kan. Tak kira lah perjalanan kita tu lurus ke bengkang bengkok ke, sebelum memulakan perjalanan lebih baik kita baca doa untuk keselamatan perjalanan kita. 


Ini doa sebelum memulakan perjalanan. Jangan lupa baca ye. =)

Ingatlah orang yang tersayang ;D

Thursday, 16 August 2012

Beads & Pearls

Assalamualaikum

This year baju raya aku, hantar tempah dekat kawan aku. Baju kosong je takde corak apa-apa. So aku decide nak letak beads or pearl. Tapi combination of beads & pearl memang meletop. Tapi aku jahit & decorate sendiri je. Tak mampu nak tempah. Mahal sangat. Aku pun takde lah pandai sangat, disebabkan baju sendiri aku bantai jelah. haha


Hasilnya aku akan share selepas raya k. Tak surprise lah kalau tunjuk sekarang. Ceh bajet glam sangat baju kau ! ahahah =P

Duit Raya Baru

Assalamualaikum


Duit raya baru dah tukar. Kalau boleh nak tukar semua warna. Tapi ini je yang mampu ditukar. Sampul duit raya belum dapat lagi yang cantik. Tak dapat nak masukkan lagi duit nya. 



Aku dapat masukkan mak & ayah punya je. Lagi dua tu Faris bagi dekat mama ayah dia juga. ^_^ Beli cincin dekat Habib dapat lah sampul duit raya dia yang cantik ni. Tu pun dapat satu paket je, dah habis katanya. Satu paket ada 5 keping sampul je, mana cukup. huhu. So decide nak bagi my parents and his parents lah yang special kan. Hee



This year, tak dapat nak bagi besar-besar dekat adik-adik dan anak buah. InsyaAllah tahun depan dapat tukar lagi besar. Doakan yee. Hee

Seharian Berjalan

Assalamualaikum

Ahad lepas berjalan bersama adik Faris. Jalan-jalan nak mencari keperluan diri untuk raya lah apa lagi. Mula-mula pergi City Square nak cari kasut adik dia. Masuk Summit & Fabiano Ricco. At last, dia berkenan dekat FR.


Kasut yang dipilih. Suggestion aku jugak. smart kan! =D

Suasana di dalam CS

Lepas tu pergi Pandan Uptown cari baju raya pulak. Penat gila berjalan. Waktu berbuka pun dah nak masuk. Kitorang berbuka puasa di Hutan Bandar. Seperrti biasa aku akan order chicken chop. Hidangan utama aku ialah kueh tiow goreng. Not bad. pedas gila !


Malam berjalan dekat Bazar karat pulak. Dapatlah cari sehelai pashmina. ;D


Wednesday, 15 August 2012

Berbuka Puasa - KFC Voucher

Assalamualaikum



Masa jalan-jalan satu Pasar Raya haritu, nak mencari kelengkapan harian. Singgah lah jugak dekat tempat-tempat biskut untuk buat sahur.  Aku pick biskut MUNCHY'S LEXUS, The Sandwich Calcium Cracker tu. Biasanya aku akan ambek chocolate cream. Kali ini teringin pulak nak makan Cheese Cream. 




Masa ambek tu, perasan packaging dia macam ada something. Ingatkan ada competition apa-apa ke yang biasa kita jumpa dekat packaging twistis tu kan. Sekali rupanya ada dua free voucher from MUNCHY'S. Tertarik pulak tetiba. Ada voucher KFC dengan PIZZA HUT ! =D 



Yang KFC tu ada discount RM7.50 untuk satu pembelian KFC MUNCHY'S COMBO. 
Ada 5 pieces chicken, 1 Large Size whipped Potato, 2 Regular Tangy Coleslaw, 
2 Regular Carbonated Drinks. Cukuplah ni kalau makan berdua kan. ehehe. PIZZA HUT tu pulak ada SAVE RM10 dan free 2 Soup of the day, 1 Garlic Bread, dengan syarat harus membeli 1 Regular Pizza. Kebetulan esoknya pulak tetiba Faris ajak berbuka dekat KFC. 
Aku tunjuk dekat dia voucher tu, so kitorang guna lah. ^_^ 


Om nom nom 

Ini wajib order. his favorite ! memang meleleh . ngee

TOTAL = RM30 lebih sikit macam tulah. Tak berapa ingat. hehe. Lagi pun ada tukar milo ais and add on cheesy wadges.

Aku baru makan seketul ayam, perut dah rasa macam makan 10 ketul ayam. Nak tak nak kena habiskan juga kan. Sayang pulak nanti. Lagi pun, Membazir amalan syaitan. ;) Btw, ini first time aku berbuka tanpa nasi. Act, mula-mula rasa macam takut kenyangnya sekejap je. 
Lagi pun makanan asas kita kan nasi. =) Pastu Faris cakap 'mindset tuuu'. At last, sampai tengah malam buta tak lapar. So, he's true. Thanks sayang sebab selalu mententeramkan saya. hee.. 

Biskut dapat, KFC and PIZZA HUT pun dapat. Cepat grab sementara stok masih ada. 
Voucher is valid until 31 December 2012. ;)

Berbuka Puasa - KFCH International College

Assalamualaikum.

Biasalah kalau di bulan puasa ni tak sah kalau tak update tentang cerita berbuka puasa. Macam-macam tempat yang menarik sampai dah pening tak tahu nak decide berbuka puasa dekat mana. Well, kali ni aku nak share cerita berbuka puasa aku bersama officemates dan ex-officemates juga! masing-masing boleh bawak partner. Scandal ke BF ke Fiancee ke Hubby ke dan Family juga. =D Kitorang pilih KFCH International College yang terletak di Bandar Dato' Onn, Johor Bahru untuk tempat berbuka puasa. Nama pun college kan so memang kitorang berbuka puasa di college lah. First time college ni buat Ramadhan Buffet. Normal price, RM42/head. Kalau booking awal, dapat diskaun RM7 so dapat lah RM35/head. hee.. best menu-menu dia. Berbaloi bayar RM35. Jom tengok ! =D

Ni tempat dia. ^_^

Ni posisi di luar cafe. haa dah nampak office-mates dah =D

Makanan di meja kitorang ! =D

Tangan tu macam pernah ku lihat. Tapi dimana ya? kihkih

2 Tables for our reserved ^_^

My plate dish ! =D

 This is my favorite ! Sedap gila lagi-lagi cicah dengan thai sos. yummeh !

Ikan Bakar

Dua Jelitawan. =)

Suasana di sekitar kami. Tak ramai pun, aman je. satu lagi, sebab orang tak ramai lagi yang tahu tempat ni sebab first time buat Ramadhan Buffet.

Otw ke surau di tingkat atas. Clean & Clear je tempat dia. Terpikat pulak. hee

Lepas solat continue makan lagi. Tapi amek sikit-sikit je. Bubur lambuk dan Mashroom soup with a slice of soft bread. Mashroom Soup dia memang terbaik! Boleh lawan Pizza Hut punya. hehe 

Muka happy kekenyangan. hee

Lepas semua dah habis makan, kitorang celebrate birthday Kak Mien. Sampai 3 biji cake sekali kau. Dah lah nak meletop perut ni ditambah pulak dengan cake. Ayoyo.. ahaha

Itu dia kak Mien nya. Dia lah HOD dalam Account. Dia dah nak meninggalkan kami hujung bulan ni sebab nak berhenti sudah. sobsob

Kiri : Budak Poyo. Kanan : Budak Comel. haha =P
 

Anak ex-officemate. Si kecik yang suka berlegar-legar tak reti diam. 



Thanks for reading != D



Shopping Raya at KL Yang Sesak

Assalamualaikum

Bulan puasa ni tak sah kalau tak shopping untuk persiapan raya kan. Ada yang sanggup cari barang-barang kelengkapan jauh-jauh lagi. Normally, aku dan family akan shopping di KL or Melaka. Itu je tempat yang paling dekat dan banyak sale ! Tapi yang penatnya nak bertemu dengan kesesakan lalu lintas. pehh memang tak tahan lah. berjam-jam dalam kereta. Redha jelah. Satu hari berjalan. Dari pagi sampai malam. Lepas subuh je dah gerak. Kami pergi dua kereta. Faris pun ikut sama. ! =D

Sebelum gerak ambil gambar mak dulu. Anteknyeee. Hee

Kereta didepan ayah yang drive. Kereta aku naik, Faris yang drive.

Nampak sangat muka boring dalam kereta just because of jammed !! Stress ok.

Lepas parking kena take a picture of this. Nanti tak ingat park dekat mana. haha

Masa jalan-jalan boleh terserempak dengan classmate masa study Dip dulu. Keciknya Malaysia. hehe

Tengah tunggu lift pun sempat lagi. =P

Mid Valley ! Here we go !

Nampak tak muka penat? huhu

Sempat take a picture of this je. huhu

Nampak tak nampak tak ?? -__-'

Setelah lama berjalan, tak larat terus tukar pakai selipar je. huhu

Tengah jalan-jalan boleh pulak terserempak dengan ni kan. Menguji keimanan ye.

On the way balik ! =D

Thanks sayang for everything ! =D

Btw, thanks to my dad sebab belanja we all, your pretty daughters ! ehehe. Ni jelah last wa dapat duit ayah. Next year dah ada hubby yang tanggung =') InsyaAllah.