Thursday, 13 December 2012

E Day - Hazwani & Helmie

Assalamualaikum

Entry kali ni nak share tentang engagement day cousin pada Ahad lepas. Best betul dapat tunang pada hari jadi sekali, 25 November 2012. Anyway, ini adalah entri bergambar. Jom ! :D

Cake yang comel ^_^

Beautiful Dais :D

Bride of the day

Hand made by Wani

The hantaran 

Sesi bergambar bersama ibu saudara tersayang. hihi

Hamboih kau wawah excited betul. XD

Cousins and siblings. Gediks time. ngee

Aqeel and his parents. ^_^ Tengoklah Aqeel tengah tengok apa. Pantang ada benda pelik. haha

With me !

Sesi kepoh mengepoh. hahak

Happy Birthday and Congrats to Wani & Helmie !!

Lepas ni tunggu Big Day pulak. Weeeeee~~!
















Wednesday, 28 November 2012

Chamek Kopitiam

Assalamualaikum.

Siapa suka makan char kuey teow angkat tangann !! :D hihi kali ni aku nak share satu tempat yang menghidaangkan char kuey teow yang rasa dia memang not bad. Ramai juga kawan-kawan yang pernah makan dekat sini. Nama kedai dia Chamek Kopitiam. Nama pun kopitiam so mestilah berunsurkan kopi kan. Tapi aku tanak cerita pasal kopi, tapi nak cerita pasal char kuey teow.  Di petang hari selepas pulang dari kerja dan keadaan adalah sangat sejuk oleh kerana hujan yang turun. Kalau dah hujan mestilah perut tu bunyi krek krok krek krok kan. kihkih. hah Chamek Kopitiam ni ada dekat Bandar Baru Uda, Danga Bay, Pasir Gudang pun ada. Tapi kitorang pergi dekat BBU. Jom ! 

Dah sampai. nilah tempatnya. 

Account Exec vs Account Asst. ihihi

 Dua orang budak comel. Miza dan kak nor. ^_^



 Yeay ! order dah sampai. omnomnom. Aku order char kuey teow kerang dan kak nor order char kuey teow special (udang + kerang). Marvelous !

Kena pulak dengan teh o panas hujan-hujan macam ni memang awesome lah kan ! hihi

Miza order roti bakar kahwin.

After. kihkih =9

Senyuman kekenyangan. Alhamdulillah. ^_^

Harus cuba char kuey teow ni ok ! ;D daa



Monday, 26 November 2012

Durian Crepe

Assalamualaikum.

Hye, dah lama tak update blog ni. Cian ye kan. Ololololo...lol. haha. Takde apa pun nak update. Tapi kadang-kadang update blog ni dapat jugak release tension or whatever. Just fun. kali ni nak cerita pasal satu makanan ni. Kemain famous dah sekarang. Tu tu.. tengok title tu. Hah tu lah benda nyaaa. Kuning gebu macam bantal yang berisi isi durian dan whipping cream. Omnomnom. menggiurkan je bunyinya kan? hihi. First time makan masa bulan June haritu. Ada seorang hamba Allah yang comel bagi. Dah lah comel, makanan yang dia bagi pun comel. hihi. Dia kata dia beli dekat Mid Valley, KL. Satu pack ada 6 biji. harga? tak tahu pula berapa. Nama pun 'bagi' kan, takkan nak tanya harga. huhu. Jom tengok gambar. ;D

Alangkah lebih menggiurkan jika ada gambar selepas gigitan kan? ngee. Btw, it's sooooo cute ! ^_^

Last week, dapat makan lagi tapi kali ni crepe dia warna hijau. Tapi rasa still sama. Isi nya sangat padat. Slurrpp..... X9

Teringin nak buat sendiri. Bahan dia senang je. Kulit dia buat macam lempeng tapi lebih nipis. Isi pula, just whipping cream dan isi durian saje. 

Kalau dapat isi durian kuning-kuning macam ni memang lah umpphh ! hihi

Selamat mengidam ! kihkih ;P












Thursday, 1 November 2012

My 24th Birthday

Assalamualaikum

Hehe tengok title pun dah tahu nak cerita pasal apa kan? Baru lah ni nak update dekat blog. Nak share pasal birthday aku yang ke 24 tahun. Pantas betul masa berlalu. Tapi nasib baik awet muda. agagaga ;P 

 Pukul 12 tepat aku dikejutkan oleh cousin aku supaya keluar untuk membantunya. Aku macam dah boleh agak dia nak buat something dekat aku. hahaha. Then, aku keluar dalam keadaan berjaga-jaga lepas tu ternampak seorang lelaki sedang sopan terduduk di atas kerusi sofa. Rupanya tunang tercinta dataaaang. Then, muncul pula sebiji cake yang telah siap di pasang lilin dengan api bernyala keluar dari bilik cousin aku. Ok fine. Ada surprise rupanya. ngehngeh. naahhh !!

A pretty cake and it's so sweet. (^_^)
Terus potong cake dan makan bersama-sama. Lepas makan, Faris ambil satu paper bag yang comel atas kerusi then bagi dekat aku. yeay ! dapat present *lompat-lompat*

Yup, unexpected gift from him. Thank you sayang. It's so meant to me. (^_^)

Esok pagi pergi kerja, celebrate dengan office-mates pula. Makan marrybrown secara berjemaah. Thanks alot guys ! XD

And also a cute cake from them !

Malam pula ada orang nak belanja aku dinner. hoyeah ! XD
 Thanks mucuk ! XD

Birthday girl yang cun ! *sila muntah sekarang* ;P

Omnomnom

Happy Birthday to me ! babai







Wednesday, 31 October 2012

Pre-Wedding Course

Assalamualaikum

Dah lama dah nak buat entri untuk pre-wedd course ni. tetapi tidak berkesempatan pula. busy memanjang. ah busy sangat. =P entri kali ni, aku nak share perjalanan aku dan Faris menyertai pre-wedd course ni. =) Kitorang pergi masa 15 dan 16 September haritu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Dengar kata, lepas ni nak buat 3 hari 2 malam. wahh macam holiday pulak kau. haha. 

Firstly, kitorang booking nama dekat hotel awal-awal. Thank you kepada office-mate, Enn kerana membantu. Normally, jumlah bayaran pre-wedd course untuk seorang adalah sejumlah RM120. tengok tempat juga. ada yang RM70, RM80. kitorang ambil dekat Hotel Seri Malaysia, Larkin, JB yang dianjurkan oleh Pulai Utama Management. Satu kepala di kenakan RM120.


Day 1
Sangat sopan. agagaga

Bayar dulu

Lepas bayar, kitorang akan dapat satu fail yang berisi tentatif kursus, modul, helaian kertas dan sebatang pen. beginilah fail nya. =)
 

Modul Bersepadu

Kalau ada sesiapa yang berniat nak pergi dalam hujung tahun ni, tengoklah jadual ni. Sempat lagi. hehe Sharing is caring ;) Click imej untuk zoom in.

Jadual ni dia bagi sebab untuk sesiapa yang menghadiri kursus ni boleh bagi dekat kawan-kawan yang belum sertai. =) 

Breakfast on Saturday. yummeh

wajiblah kan? hihik

In class. Dia berbaju melayu hitam. Kami sebaris. Kalau dapat sebelah-sebelah lagi best. eh? ;P

Day 2
Breakfast time at 10 am

Olo tomey-tomey future husband siapa lah ni ek. hihi ;P

Curik-curik. Ustaz ni sporting sebab dia bagi tidur kalau mengantuk, hehe

Luncheon ! XD

with this gediks couple. ngehngeh

Us (^_^)

Lepas lunch dan bersolat, class perlu diteruskan. =)

Lepas habis class, kami dapat sijil on the spot. (^_^) Alhamdulillah.

Eh eh suka pulak dia. Dah lah pakai songkok kedepan. Cium kang ! Eh, belom nikah. kihkih ;P

Sekian. Thank you for reading =)